Wednesday, February 21, 2007



Hello~ here's my masterpiece! hehe. 6 pages! finally~ its for my pertandingan syarahan. so, here you go nina... wish me luck ppl! :D

**********************************************************

Yang berbahagia Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha hakim yang adil lagi bijaksana serta umat Allah sekalian. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Pada pagi yang indah ini, bersyukur kita pada hadrat Ilahi kerana kita berada dalam keadaan sihat waalfiat. Berdirinya saya di sini adalah untuk menyampaikan sebuah syarahan bertajuk, Kekuatan Akidah Menjamin Kesejahteraan Umat.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Islam sebagai ajaran lengkap dan menyeluruh dalam setiap aspek kehidupan manusia sejagat memiliki panduan ditetapkan Allah bagi menjamin kesejahteraan hidup umatnya di dunia dan akhirat. Di bawah kata kunci, kekuatan akidah politik stabil, ini membuktikan bahawa perkara ini dapat dikecapi jika pemimpin itu adalah beriman dan juga bertaqwa.

Pemimpin di dalam Islam bukanlah satu keistimewaan, tetapi ia adalah tanggungjawab. Seorang ketua negara, bukan sahaja akan ditanya oleh Allah mengenai diri dan keluarganya, malah akan ditanya pula mengenai rakyatnya. Rasulullah S.A.W telah meletakkan asas-asas supaya pemimpin itu tidak difahami sebagai keistimewaan, tetapi tanggungjawab. Pemimpin hendaklah sentiasa merendah diri dan mengadakan hubungan baik dengan pengikut-pengikut serta bertimbang rasa dan bersikap adil, tidak bertolak ansur terhadap kemungkaran dan penyelewengan. Di samping itu, ia hendaklah seorang yang pemaaf dan berfikiran terbuka. Bukan itu sahaja, malah seorang pemimpin haruslah mengutamakan kebajikan rakyat yakni, lebih daripada diri sendiri. Dengan itu, ia akan menjadi seorang yang dihormati, kerana akhlaknya yang tinggi dan mulia.

Misalnya banjir yang berlaku di Johor baru-baru ini, kita mendapati bahawa Timbalan Perdana Menteri Malaysia, iaitu, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak turun padang memberi kerjasama serta menghulurkan bantuan kewangan kepada mangsa-mengsa banjir. Bukan itu sahaja, malah badan-badan bukan kerajaan (NGO) memberi sokongan dalam pelbagai bentuk sama ada material, kewangan, nasihat, kepakaran dan sebagainya. Tambahan pula, ada juga sumbangan yang datang daripada individu, ahli-ahli korporat, pelajar-pelajar IPTS dan IPTA. Antara contohnya, ialah usaha Umno Bahagian Permatang Pauh menghantar 15 orang tukang masak untuk menghidangkan nasi kandar kepada lebih 10,000 mangsa banjir yang mendiami pusat pemindahan di Sekolah Menengah Datuk Sulaiman itu. Sesungguhnya, contoh yang baik ini harus diteladani agar negara kita akan sentiasa aman dan sejahtera.

Hadirin yang dikasihi sekalian,

Politik yang stabil dapat dikecapi jika kita berpegang teguh terhadap al-Quran dan Hadis. Di samping itu, ini dapat mewujudkan masyarakat yang bahagia dan sejahtera. Sesudah meletakkan asas yang kukuh dengan membentuk kepercayaan atau pandangan hidup berdasarkan rukun iman, membina Islam dengan mengenalkan prinsip rukun Islam dan mengawal dan memperteguhkannya dengan akhlak yang mulia, maka terlaksanalah satu peringkat daripada langkah-langkah menghayati Islam sebagai cara hidup. Peringkat pertama ini merupakan penyediaan individu atau perseorangan yang akan bertindak balas dan berpadu di antara satu sama lain bagi membentuk masyarakat Islam. Ketiga-tiga asas ini merupakan sendi utama yang menyambung individu bagi membentuk masyarakat dengan dengan daya ikatan yang teguh.

Apabila kepercayaan, penyerahan diri kepada Allah S.W.T dan akhlak dijadikan oleh Islam sebagai tali pengikat dan sendi pembentukan masyarakat, maka nyatalah kepada kita bahawa Islam tidak menjadikan bangsa dan warna kulit sebagai asas utamanya. Ini bermaksud, tiada diskriminasi dan sentiment perkauman. Al-Quran dan Hadis begitu banyak menyuruh melaksanakan dan mengawal keadilan. Di samping itu, ayat-ayat al-Quran dan Hadis banyak mengutuk kezaliman dan penindasan sesama manusia.


Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku puak, supaya Kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia Kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya)

Contohnya, Rasulullah S.A.W melayan seorang perempuan Yahudi dengan baik walaupun beliau dicerca. Ini membuktikan bahawa, Rasulullah tidak mendiskriminasi mana-mana kaum walaupun beliau telah dicerca, diherdik dan dikeji oleh kaum Yahudi. Sesungguhnya, kaum ini telah dilaknat oleh Allah S.W.T. Islam muncul apabila masyarakat orang Arab berada dalam kebebasan yang terlalu luas, mereka tidak suka disekat apa-apa kemahuan mereka yang tidak terbatas itu, jiwa mereka telah dipengaruhi oleh adat istiadat dan tradisi-tradisi yang tidak mungkin dibuang serentak. Maka dengan hikmat dan kebijaksaan Allah S.W.T yang Maha Mengetahui tidak suka menakutkan manusia dengan berbagai hukum sekaligus yang diturunkan al-Quran berperingkat-peringkat dengan membawa hukum sedikit demi sedikit, supaya tiap-tiap hukum memberi dorongan. Di antara contohnya, pengharaman arak. Arak telah menjadi darah daging bagi orang-orang Arab. Maka dengan Hikmat Allah S.W.T bijak membuat larangan secara beransur-ansur.

Selain itu, kekuatan akidah dapat menjamin kesejahteraan umat apabila masyarakat setia kepada pemerintah. Misalnya, peristiwa hijrah dari Mekah ke Madinah. Hijrah ini bertujuan menyahut panggilan Allah dan Rasulnya bagi mendirikan sebuah masyarakat Islam yang ideal yang akan menjadi contoh buat selama-lamanya. Usaha seperti itu tidak akan berjaya tanpa akidah dan iman yang kukuh yang benar-benar ikhlas. Hijrah merupakan titik tolak untuk mendirikan masyarakat Islam seperti yang dikehendaki oleh Allah dan Rasulnya. Langkah ini amat perlu dilaksanakan yang mesti diikuti oleh umat sekalian.

Sebelum Nabi Muhammad S.A.W diutuskan kepada manusia umumnya, masyarakat Arab Jahiliah berada dalam kucar-kacir malah keseluruhannya masyarakat manusia di mana sahaja di dunia ini ketika itu tidak ada yang boleh dijadikan contoh teladan yang boleh diambil segala pengajaran dan iktibar dalam usaha mereka memartabatkan kembali maruah dan kedudukan sebagai generasi terbaik dan umat teladan yang memantulkan nilai kebaikan kepada umat sejagat. Islam sudah menyediakan cara hidup cukup lengkap dan sewajarnya mereka berpegang teguh pada ajaran Islam bagi mencapai kejayaan.

Hadirin yang dihormati,

Tahukah anda bahawa kekuatan Akidah juga boleh menjadikan sesebuah ekonomi itu lebih teguh dan utuh? Penubuhan Bank Islam Malaysia Berhad dan penawaran produk-produk kewangan Islam di perbankan konvensional yang dikenali sebagai Skim Perbankan Tanpa Faedah (yang kini dikenali sebagai Skim Perbankan Islam) telah membantu negara dalam meningkatkan ekonomi. Fasa ini menjadikan Malaysia negara pertama di dunia yang menawarkan SPI selari dengan perbankan konvensional.

Ramai orang yang mahu melabur dalam saham amanah kerana ia boleh menjana keuntungan berlipat ganda, tetapi malangnya bukan semua mempunyai pengetahuan secukupnya untuk membuat pelaburan bijak. Keuntungan yang diperoleh melalui saham amanah adalah baik kerana ia boleh memberi pulangan antara 8 hingga 15 peratus. Ia adalah pulangan yang tinggi dengan risiko yang stabil dan berpatutan. Kerajaan juga banyak mengadakan kempen bagi menggalakkan rakyat membuat pelaburan dalam amanah saham kerana ini dapat membantu menajana ekonomi negara.

Ekonomi negara akan menjadi teguh jika kita tidak mengamalkan sistem riba. Islam memandang berat terhadap riba dan pengharamannya cukup tegas. Sikap Islam ini adalah bertujuan mengawal dan memelihara kepentingan mandusia seluruhnya sama ada dari segi akhlak, kemasyarakatan dan akhirnya, ekonomi.


Maksudnya : Kehormatan harta manusia itu serupa dengan kehormatan darahnya.

Jika kita mempunyai sikap yang betul sudah pasti kita dapat meningkatkan produktiviti sekaligus dapat meningkat ekonomi sesebuah negara. Misalnya, kita haruslah mempunyai sikap dedikasi serta berdisiplin di samping amanah terhadap segala tanggungjawab yang dipikul. Bukan itu sahaja, malah kita seharusnya mempunyai sifat, ikhlas, jujur dan jauhkanlah diri kita daripada amalan rasuah. Hal ini kerana ia dapat medorong kita melakukan perkara yang tidak baik sekaligus memakan hasil yang haram. Secara tidak langsung, sesuatu produktiviti itu tidak dapatlah ditingkatkan. Akhir sekali, kita seharusnya tidak membazir kerana amalan ini akan merugikan kita dari pelbagai sudut aspek. Kesimpulannya, tanpa sifat-sifat ini, maka produktiviti itu tidak dapat ditingkatkan sekali gus tidak dapat meningkatkan ekonomi sesebuah negara.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Akidah itulah yang akan memberi perangsang kepada umat Islam bahawa kelemahan manusia itu hanyalah sementara. Akidah dari segi sosial pula, data dibahagikan kepada 5, iaitu, terhadap Allah, diri, ahli keluarga, orang lain dan juga alam sekitar. Di dalam Islam individualisme dengan kolektifisme atau perseorangan berumbang dengan kemasyarakatan. Islam menyuruh mulakan dengan diri sendiri tetapi hendaklah meluas kepada masyarakat yakni, kepada orang lain. Dalam mencari keuntungan bagi diri sendiri, jangan merugikan masyarakat. Islam membenarkan hak-hak asasi manusia, tetapi dalam pelaksanaannya jangan mengganggu hak-hak orang lain. Dalam melakukan usaha ini, haruslah dimulai dengan diri sendiri berlanjutan kepada keluarga dan tetangaan dan seterusnya meluas kepada masyarakat.

Dalam membina kepentingan diri sendiri janganlah merosakkan kepentingan orang lain. Sembahyang adalah hubungan peribadi dengan Allah. Dalam Islam, kita tidak boleh memisahkan diri dari masyarakat. Fardu Ain berimbang dengan fardu kifayah. Fardu Ain adalah kewajipan di atas diri sendiri manakala fardu kifayah adalah terhadao masyarakat. Dalam pergaulan hari-hari orang Muslim, kita haruslah merendahkan diri tetapi dilarang menghinakan diri sebab Muslim mempunyai maruah atau harga diri sendiri tetapi dalam masa yang sama kita tidak seharusnya sombong, angkuh dan takbut kerana sifat-sifat ini dicela oleh agama Islam.

Jikalau salah satu daripada ini tidak wujud dalam kehidupan seharian kita, maka runtuhlah akidah kita sekaligus kesejahteraan umat tidak akan dikecapi. Sesungguhnya, perancangan dan kata sepakat haruslah ditanami dalam diri kita. Misalnya, Banjir yang melanda pada 2 Februari di Jakarta, Indonesia . Hal ini berlaku kerana, struktur bangunan yang dibina adalah tanpa perancangan yang rapi serta efektif. Jelaslah terbukti bahawa apa yang kita rancangkan semuanya adalah ketentuan Allah S.W.T. Pengajaran yang kita perlu ambil dari peristiwa ini adalah, kita seharusnya merancang sesuatu pembangunan itu, secara menyeluruh dan bukannya hanya keuntungan semata-mata.

Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

Akhir sekali, iaitu amar makruf dan nahi munkar. Amar makruf dan nahi munkar bermaksud, melakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran. Rasulullah S.A.W telah memulakan pembentukan masyarakat Islam dengan membina asasnya terlebih dahulu. Budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang bersih hati, Ikhlas dalam hidup, Amanah dalam tugas cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan. Misalnya, aktiviti dakwah ini dilakukan di masjid-masjid dan mendapat liputan luas dari media massa dan juga media cetak.

maksudnya : “Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyuruh kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) dan mereka yang bersifat demikian, ialah orang-orang yang berjaya”

Dalam menjayakan hasrat yang suci lagi murni ini dan meneruskan tugas para nabi-nabi dan rasul-rasul, kerajaan menyedia peruntukan yang besar kepada JAKIM bagi tugas-tugas tersebut. Di samping itu, kerajaan sentiasa memberi kerjasama dan komitmen yang tinggi kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) dalam menjalankan program dakwah dengan memberi sokongan dalam pelbagai bentuk sama ada material, kewangan, nasihat, kepakaran dan sebagainya. Badan-badan bukan kerajaan seperti Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Badan Dakwah Islamiah Bagi Kawasan Asia Tenggara Dan Pasifik (RISEAP) dan sebagainya sentiasa diberi sokongan dan berganding bahu dalam tugas-tugas dakwah.

Bagi masyarakat orang asli, JAKIM sentiasa bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli Malaysia serta badan-badan sukarela menjalankan program dakwah sama ada secara lisan atau kerja-kerja kebajikan. JAKIM menerusi Penggerak Masyarakat Orang Asli berusaha sedaya upaya menunjukkan contoh keperibadian muslim dan cara hidup menurut Islam di kalangan mereka.

Bagi memantapkan lagi usaha penjelasan dan kefahaman Islam ini maka Kerajaan telah menubuhkan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) pada 3 Julai 1992 khusus untuk memperbetulkan sebarang salah faham terhadap Islam dan mengetengahkan konsep dan prinsip Islam yang universal dalam berhadapan cabaran masa kini. Bukan itu sahaja, malah kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan Minggu Dakwah Negeri Selangor sempena sambutan Maal Hijrah 1428.

Jika kita kaitkan dengan aktiviti yang berlaku dalam kehidupan ktia, baru-baru ini, JAKIM telah melakukan serbuan di rumah-rumah urut dan pusat kegiatan hiburan yang diturut serta oleh exco-exco kerajaan negeri. Ini membuktikan bahawa, semua pihak wajib memainkan peranan dalam mencenggan kemungkaran yang membawa kita kepada kesejahteraan umat.

Sesungguhnya masa depan Islam di Malaysia sudah menampakkan cahaya kecemerlangannya. Rata-rata umat Islam negara ini merasa terjamin dan berganding bahu dalam meneruskan usaha-usaha pembangunan dan kemajuan Islam yang sedang rancak dilaksanakan. Perancangan dan pembangunan Islam mesti diteruskan dan disambung perjuangannya oleh generasi akan datang. Kita yakin generasi muda umat ini yang telah kita bekalkan dengan persediaan jasmani dan rohani yang cukup mampu memartabatkan Islam di bumi Allah ini. Oleh itu, sokongan dan keyakinan yang tidak berbelah bahagi terhadap usaha-usaha kerajaan ini perlulah wujud di kalangan rakyat dan pemimpin negara. Sesungguhnya pembangunan dan kemajuan umat tidak akan tercapai tanpa perpaduan yang utuh di kalangan umat Islam. Jelaslah bahawa, kekuatan akidah manjamin kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan seterusnya, negara.


RuS
9:43 pm





Sunday, February 18, 2007



i dont feel good today. sigh..

everything i did today, turns horrible?

i turned on the tv, but heh, i didnt even watch it. i had my lunch, and i just stare at the food.

i played the piano. for only 1 page, it took me half an hour to learn the notes! heck, i gave up after that. its really2 frustrating. i dont know wats wrong with me. usually, i can learn one song, in just a day..argh. i can only play the first page n i got stuck after that. the notes are not that hard.. its suppose to be easy. well, it is easy, really.

so unusual, and its so not me.

ive been thinking too much i guess. and what im feeling rite now, gosh.. sumtimes, i just need to be alone and keep it to myself. well, thats wat i always do. its not working tho..

i wonder why?


RuS
3:48 pm





Free Image Hosting at www.ImageShack.us


+ Rusferlina Ruslan.
+ 16 june 1990.
+ sensitive.
+ caring.
+ loving.
+ girlish.
+ stubborn.
+ love to laugh.
+ friendly.
+ fat.
+ short.
+ fussy.
+ dress to kill.
+ serious.
+ i love my life :)

+ books.
+ laughing.
+ futsal.
+ music.
+ cats.
+ shopping.
+ clothes.
+ piano.
+ make up.
+ roses.

+ spicy food.
+ stress.
+ sweat.
+ messy/untidy.
+ waiting.
+ choc bar.
+ dogs.
+ pms.
+ dark.
+ exams.
+ thunder.






11/28/2004 - 12/05/2004
12/05/2004 - 12/12/2004
12/12/2004 - 12/19/2004
12/19/2004 - 12/26/2004
12/26/2004 - 01/02/2005
01/02/2005 - 01/09/2005
02/06/2005 - 02/13/2005
02/13/2005 - 02/20/2005
02/27/2005 - 03/06/2005
03/06/2005 - 03/13/2005
03/13/2005 - 03/20/2005
03/20/2005 - 03/27/2005
04/10/2005 - 04/17/2005
04/17/2005 - 04/24/2005
04/24/2005 - 05/01/2005
05/22/2005 - 05/29/2005
08/28/2005 - 09/04/2005
09/11/2005 - 09/18/2005
09/18/2005 - 09/25/2005
10/02/2005 - 10/09/2005
10/16/2005 - 10/23/2005
10/23/2005 - 10/30/2005
10/30/2005 - 11/06/2005
11/06/2005 - 11/13/2005
11/13/2005 - 11/20/2005
11/20/2005 - 11/27/2005
11/27/2005 - 12/04/2005
12/04/2005 - 12/11/2005
12/11/2005 - 12/18/2005
12/18/2005 - 12/25/2005
12/25/2005 - 01/01/2006
01/01/2006 - 01/08/2006
01/08/2006 - 01/15/2006
01/22/2006 - 01/29/2006
01/29/2006 - 02/05/2006
02/05/2006 - 02/12/2006
02/12/2006 - 02/19/2006
02/19/2006 - 02/26/2006
02/26/2006 - 03/05/2006
03/19/2006 - 03/26/2006
04/23/2006 - 04/30/2006
05/28/2006 - 06/04/2006
06/04/2006 - 06/11/2006
07/02/2006 - 07/09/2006
07/23/2006 - 07/30/2006
07/30/2006 - 08/06/2006
08/06/2006 - 08/13/2006
08/13/2006 - 08/20/2006
08/27/2006 - 09/03/2006
09/03/2006 - 09/10/2006
09/10/2006 - 09/17/2006
09/17/2006 - 09/24/2006
10/15/2006 - 10/22/2006
10/29/2006 - 11/05/2006
11/12/2006 - 11/19/2006
11/19/2006 - 11/26/2006
11/26/2006 - 12/03/2006
12/17/2006 - 12/24/2006
12/24/2006 - 12/31/2006
12/31/2006 - 01/07/2007
01/07/2007 - 01/14/2007
01/14/2007 - 01/21/2007
01/21/2007 - 01/28/2007
01/28/2007 - 02/04/2007
02/04/2007 - 02/11/2007
02/11/2007 - 02/18/2007
02/18/2007 - 02/25/2007
02/25/2007 - 03/04/2007
03/18/2007 - 03/25/2007
04/01/2007 - 04/08/2007
04/22/2007 - 04/29/2007
04/29/2007 - 05/06/2007
05/27/2007 - 06/03/2007
06/10/2007 - 06/17/2007
06/17/2007 - 06/24/2007
06/24/2007 - 07/01/2007
07/01/2007 - 07/08/2007
07/15/2007 - 07/22/2007
07/22/2007 - 07/29/2007
08/05/2007 - 08/12/2007
08/12/2007 - 08/19/2007
09/16/2007 - 09/23/2007
09/23/2007 - 09/30/2007
10/07/2007 - 10/14/2007
10/14/2007 - 10/21/2007
10/21/2007 - 10/28/2007
11/25/2007 - 12/02/2007
12/02/2007 - 12/09/2007
12/09/2007 - 12/16/2007
12/16/2007 - 12/23/2007
12/23/2007 - 12/30/2007
12/30/2007 - 01/06/2008
01/06/2008 - 01/13/2008
01/13/2008 - 01/20/2008
01/20/2008 - 01/27/2008
01/27/2008 - 02/03/2008
02/03/2008 - 02/10/2008
02/10/2008 - 02/17/2008
02/17/2008 - 02/24/2008
02/24/2008 - 03/02/2008
03/02/2008 - 03/09/2008
03/09/2008 - 03/16/2008
03/16/2008 - 03/23/2008
03/23/2008 - 03/30/2008
03/30/2008 - 04/06/2008
04/06/2008 - 04/13/2008
04/13/2008 - 04/20/2008
04/20/2008 - 04/27/2008
05/04/2008 - 05/11/2008
05/11/2008 - 05/18/2008
06/01/2008 - 06/08/2008
06/08/2008 - 06/15/2008
06/15/2008 - 06/22/2008
06/22/2008 - 06/29/2008
06/29/2008 - 07/06/2008
07/06/2008 - 07/13/2008
07/13/2008 - 07/20/2008
07/20/2008 - 07/27/2008
08/10/2008 - 08/17/2008
08/17/2008 - 08/24/2008
08/24/2008 - 08/31/2008
08/31/2008 - 09/07/2008
09/07/2008 - 09/14/2008
09/14/2008 - 09/21/2008
09/28/2008 - 10/05/2008
10/05/2008 - 10/12/2008
10/12/2008 - 10/19/2008
10/26/2008 - 11/02/2008
11/02/2008 - 11/09/2008
11/09/2008 - 11/16/2008
11/16/2008 - 11/23/2008
11/30/2008 - 12/07/2008
12/14/2008 - 12/21/2008
01/04/2009 - 01/11/2009
01/11/2009 - 01/18/2009
01/18/2009 - 01/25/2009
01/25/2009 - 02/01/2009
02/08/2009 - 02/15/2009
02/15/2009 - 02/22/2009
02/22/2009 - 03/01/2009
03/01/2009 - 03/08/2009
04/26/2009 - 05/03/2009
05/10/2009 - 05/17/2009
05/24/2009 - 05/31/2009
05/31/2009 - 06/07/2009
08/16/2009 - 08/23/2009
08/23/2009 - 08/30/2009
08/30/2009 - 09/06/2009
09/06/2009 - 09/13/2009
09/20/2009 - 09/27/2009
11/22/2009 - 11/29/2009
01/03/2010 - 01/10/2010
03/07/2010 - 03/14/2010
03/14/2010 - 03/21/2010
05/02/2010 - 05/09/2010
06/20/2010 - 06/27/2010



Designer
Eric Sim aka Kukuthebird